Social Icons

Pages

Minggu, 22 Desember 2013

SEGARA MAS Tidak Akan Diswastakan


PUTRAJAYA – Penerbangan Malaysia (MAS) tidak akan diswastakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, MAS adalah syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia dan dikuasai Khazanah Nasional dan kepentingan awam.

“Walaupun MAS masih rugi tetapi pelan pemulihan sudah menampakkan hasil dan kerugian semakin berkurangan.

“Dengan trend menggalakkan ini kita akan memantau perjalanan MAS supaya kedudukan dan kewangannya bertambah baik,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Perbendaharaan di sini, sebentar tadi.

BERITA LANJUT AKAN MENYUSUL


Tidak ada komentar:

Posting Komentar