Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label ada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ada. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Februari 2014

Wakil FAM Dilarang Sertai J Kuasa Jika Annuar ada


SHAH ALAM – Wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak dibenarkan melibatkan diri dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara selagi Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa menganggotai jawatankuasa tersebut.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, perkara itu telah diputuskan Konfederasi Bola Sepak Asia dan dimaklumkan kepada FAM Jumaat lepas.

“Bagaimanapun jika Annuar menarik diri, maka wakil FAM boleh berada dalam jawatankuasa tersebut dan seterusnya selepas penggantungan Annuar selesai, beliau boleh masuk balik ke dalam jawatankuasa tersebut, iaitu selepas 4 Oktober 2014.

“Saya telah memaklumkan (hal ini) kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara dengan menghantar surat secara rasmi kepada mereka pada hari Jumaat,” katanya pada Taklimat Liga Malaysia 2014, di sebuah hotel di sini.

Annuar sebelum ini menerima surat pelantikan untuk menganggotai jawatankuasa itu daripada kementerian tersebut.

Bagaimanapun, FAM mendakwa pelantikan tersebut tidak sah memandangkan Anggota Parlimen Ketereh itu masih menjalani tempoh penggantungan yang bermula April tahun lepas.

Annuar yang juga Timbalan Presiden badan induk bola sepak kebangsaan itu, digantung selepas didapati bersalah melanggar Artikel 88 FAM yang memperuntukkan hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM boleh memberikan kenyataan media berkenaan skuad bola sepak kebangsaan. – BERNAMA
selengkapnya

Selasa, 31 Desember 2013

Ada Kelibat Hantu Dalam Foto Selebriti Hollywood Kim Kardashian

 Gempar (2 Mei 2012), selebriti Hollywood, Kim Kardashian telah berkongsi 1 keping gambar di twiter baru-baru ini. Gambar tersebut memperlihatkan dirinya bersama sebuah kereta mewah milik Scott Disick iaitu teman lelaki kepada Kaourtney Kardashian.


Namun yang mengemparkan selain dari kereta mewah itu adalah kelibat seakan manusia yang menyerupai budak kecil di dalam garaj. Penampakan itu disedari oleh pengikut Kim Kardashian di twitter

Kim Kardashian hanya ketawa apabila mendapat tahu ada gambar budak di dalam garaj kerana tidak percayainya. Bahkan selebriti tersebut menolak mentah-mentah penampakan kelibat budak kecil itu.

Agak-agak siapa budak di dalam gambar tersebut?


selengkapnya