Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label ditahan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ditahan. Tampilkan semua postingan

Senin, 23 Desember 2013

Dituduh Mempraktikkan Ilmu Hitam Wanita Ditahan di Arab Saudi

21 Oktober 2013
Patung dari Papua Nugini. Di Papua Nugini, kepercayaan atas ilmu sihir, 
atau sanguma, sangat tersebar luas. | ABC
RIYADH,   Sepasang suami isteri dari India ditangkap pasukan keselamatan Arab Saudi dengan tuduhan mempraktikkan ilmu hitam. Demikian sejumlah sumber keamanan Saudi, Isnin (21/10/2013).

Suami isteri itu, Saikh Nizam dan Noor Jehan, berasal dari kota Kendrapara, negara   Odisha, pindah ke kota Turba, Arab Saudi, beberapa tahun lalu dan mengaku diri sebagai paranormal dan tabib.

Pasangan suami isteri ini ditangkap bulan lalu setelah pasukan keselamatan  setempat menemui berbagai benda-benda yang biasa digunakan dalam ilmu sihir di kediaman mereka, termasuk ubat-ubat herbal. Demikian penjelasan konsulat India di Jeddah.

"Pasangan itu dituduh mempraktikkan ilmu hitam dan keduanya dilaporkan oleh majikan mereka di kota Turba dekat Jeddah," kata Raj Kumar, salah seorang staf konsulat India.

Kumar menambahkan, mereka kini ditahan dan akan segera dibicarakan berdasarkan undang-undang Arab Saudi. Jika terbukti bersalah mereka terancam hukuman penjara minima   dua tahun.

Ketika pasangan suami isteri ini ditahan, enam anak mereka kini diasuh keluarga Saikh Nizam, setelah dipulangkan konsulat ke India. Keenam anak ini berusia paling tua 12 tahun dan yang terkecil baru berusia 18 bulan. KOMPAS.com
Sumber : Gulf News

selengkapnya

Rabu, 18 Desember 2013

Tiga aktivis siswa ditahan polis di Angkasapuri



  • Abdul Rahim Sabri
  • Malaysiakini  Mac 22 2013
Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (bawah) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.
NONEDua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas  mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam.

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.

40 berarak dari masjid UM

Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta.

NONESementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ.

Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka.

Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri.

Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.

NONEAwal Mac lalu, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) menghantar surat permohonan kepada RTM meminta supaya menganjurkan debat dengan perdana menteri berkaitan dasar pengajian tinggi.

Bagaimanapun selepas tiga minggu permohonan mereka kepada Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia Mohd Nadzir, tiada sebarang maklum balas diberikan.

Sehubungan itu, Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM.
selengkapnya