Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Maret 2014

Skandal Akui Bertukar Gambar Peribadi Dgn Adi


Masihkah anda ingat kisah skandal yang melanda pelakon kacak Adi Putra dengan isteri orang yang hangat diperkatakan beberapa bulan sebelum ini?

Sejak terbongkarnya skandal hangat itu, hanya Adi dan suami kepada wanita itu sahaja yang tampil memberikan kenyataan kepada pihak media.

Semalam menerusi akhbar sisipan Berita Minggu, Bi-Pop, wanita yang dikenali sebagai Nooraida pula tampil ke hadapan memberikan kenyataannya berhubung isu yang melanda dirinya dengan aktor kelahiran Singapura itu.

Sebelum ini, Adi pernah mengatakan dia langsung tidak mengenali wanita yang dikaitkan dengannya itu dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Mengulas mengenai perkara itu, Aida menjelaskan, “saya terpaksa buat (kenyataan media) bagi membuktikan dakwaan suami saya sebelum ini sememangnya benar dan bukan saya sengaja nak reka. Jika Adi menafikan dia tak pernah kenal saya seperti dilaporkan, itu hak dia. Memang Adi tak pernah mengenali saya secara bersemuka, tapi kami mengenali antara satu sama lain secara InstaMessage, Instagram dan WhatsApp. Malah kami pernah berhubung melalui telefon bersama suami ketika Adi baru kembali dari Mekah, beberapa hari sebelum Aidilfitri”.

Aida juga mengakui aktor itu ada menghantar gambar peribadinya atau lebih tepat lagi gambar alat sulitnya selain meminta wanita itu menghantar gambar seksinya untuk tatapan Adi sendiri.

“Dakwaan Adi menggoda saya adalah benar kerana pada awal perbualan, dia ada mengatakan mula menyukai saya dan meminta gambar. Pada mulanya saya beri gambar biasa saja tapi kemudian Adi meminta gambar lebih seksi. Saya tak berani, tapi dia pujuk sehingga saya mengalah selepas beliau menunjukkan gambar peribadinya,” katanya lagi.

Mungkin wanita ini teruja apabila mengetahui pelakon popular seperti Adi mengakui mencintainya, namun seharusnya sebagai isteri orang, adalah lebih penting untuk wanita itu menjaga maruh diri dan suaminya.

Kan tak pasal-pasal segala keburukan anda sudah diketahui oleh semua pihak.

Diharapkan kes ini dapat memberi pengajaran kepada semua pihak di luar sana supaya janganlah sesekali ‘bermain belakang’ atau pun mencurangi pasangan anda sekali pun ada peluang sebegitu terbentang di depan mata.

Oleh: AUDREY LEE
selengkapnya

Minggu, 09 Februari 2014

GAMBAR ASKAR ASKAR WANITA ISRAEL YANG GEDIK

 Walaupun mereka ni merupakan makhluk yang terkejam didunia... namun awek-awek diorang boleh tahan gak.... well bak kata omputih...  woman is woman...













selengkapnya

Rabu, 01 Januari 2014

GAMBAR Bukti Kekejaman Penceroboh Sulu Terhadap Wira Wira Kita Di Sabah


GAMBAR: Bukti Kekejaman Penceroboh Sulu Terhadap Wira-Wira Kita Di Sabah

Sebenarnya gambar-gambar ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia.
Namun kami ingin anda melihat kembali gambar-gambar ini, bukan kerana hendak mengaibkan, tetapi hendak menunjukkan betapa kejam dan tidak berperikemanusiaannya bangsat yang bernama penceroboh Sulu ini.
Mereka bukan main lagi melaungkan kalimah Allahu Akbar, mengadakan solat hajat di tempat mereka, memohon pada Allah akan kemenangan di pihak mereka, sebaliknya dalam realiti, mereka adalah SYAITAN DAN IBLIS !
Mereka seksa anggota polis kita, mereka robek tubuh pegawai dan anggota yang tak bersalah ini…sampai satu peringkat, mereka PENGGAL KEPALA pegawai pasukan keselamatan kita hanya disebabkan ingin mendapatkan kembali tanah yang didakwa milik nenek moyang mereka.
Mereka sengaja menggunakan nama Islam dalam perjuangan mereka dengan harapan ia mendapat simpati daripada penganut agama yang suci ini.
Tetapi mereka lupa keindahan dan apa yang terkandung dalam agama berkenaan.
Dalam ajaran Islam, kita sama sekali tidak boleh merosak segala rumah-rumah, kawasan pertanian atau mana-mana hak termasuk membakar apa yang tidak patut.
Nabi Muhammad s.a.w sendiri amat menghormati utusan musuhnya.
“Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangimu (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”
(Al-Baqarah : 190)
Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir zimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah seperti tentera Islam tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang sudah terbunuh.
Dalam Islam, tawanan perang mesti dilayan dengan baik.
Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah.
Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu.
Mana-mana tawanan perang kafir Quraisy yang dapat mengajarkan 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis akan dibebaskan tanpa syarat.
Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi melalui perang bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang.
Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.
Jelas, dengan apa yang dilakukan oleh penceroboh Sulu ini, ternyata mereka bukan berperang atas nama Islam, tetapi kerana kerakusan dan ketamakan kuasa semata-mata.
Semoga Allah membalas kekejaman tentera penceroboh Sulu ini dengan kemenangan ke atas pasukan keselamatan kita, Insha Allah.
Allahu Akbar! -Mynewshub.my
GAMBAR: Bukti Kekejaman Penceroboh Sulu Terhadap Wira-Wira Kita Di Sabah
IMG (2)

selengkapnya

Jumat, 27 Desember 2013

Gambar Keluarga Ayu Raudhah Aidil Zaquan

Gambar Keluarga Ayu Raudhah & Aidil Zaquan | Satu ketika dahulu pasangan suami isteri Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ini kerap kali menghiasi laman sosial dengan kontroversi yang melibatkan mereka dan Rita Rudaini. Namun akhirnya ianya hilang beransur-ansur tambahan lagi semenjak Ayu Raudhah bertudung.
Gambar Keluarga Ayu Raudhah & Aidil Zaquan

Kehadiran bayi lelaki sulung Zaquan dan Ayu Raudhah menambahkan lagi seri dan tanggungjawab bagi pasangan ini. Dalam salah satu gambar yang dikongsi Zaquan, gaya rambut anak mereka yang mencacak naik sememangnya sangat comel. Diharapkan kebahagiaan ini akan terus berkekalan buat mereka.

Gambar Keluarga Ayu Raudhah & Aidil Zaquan

Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak kedua pula selepas ini. Mana tahu ada rezeki dapat baby girl pulak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar keluarga bahagia Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Jom lihat gambar keluarga Aidil Zaquan dan Ayu Radhah yang lain di bawah.

sumber:
selengkapnya

Selasa, 24 Desember 2013

GAMBAR Banjir Kilat Di Kuala Lumpur 10 April 2013


Hujan lebat selama sejam yang melanda Lembah Kelang sejak 5.30 petang, menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.

Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata hujan lebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesak teruk di beberapa laluan utama.

"Antara jalan yang mengalami kesesakan teruk adalah Jalan Tun Razak, Jalan Duta, Jalan Mahameru, Jalan Kuching dan Lebuhraya Persekutuan," katanya.
Beliau berkata sehingga kini, terdapat satu laporan membabitkan pokok tumbang di pekarangan parkir Masjid Negara dan pihak bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mengalihkan pokok berkenaan. 

Katanya, tiada laporan kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan kini dilakukan di beberapa kawasan yang dilanda banjir kilat.

Jurucakap itu turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan segera melaporkan kepada pasukan keselamatan jika kawasan rumah mereka dilanda banjir kilat. SUMBER


selengkapnya

Minggu, 22 Desember 2013

GAMBAR Bila ‘Amoy’ Sindir Muslimah Yang Enggan Bertudung

Dalam keadaan sekarang di mana ramai orang Islam terikut-ikut cara bukan Islam termasuk mencacah tatoo dan membela anjing kerana hobi, ada pula individu bukan Islam bertindak sebaliknya.

Jika sebelum ini ada yang memilih untuk berpuasa bagi menyelami keadaan rakan-rakan muslim, kini ada seorang gadis Cina pula memakai tudung.
Apa yang menarik, gadis berkenaan menyatakan dia bertindak sebegitu untuk menunjukkan kepada perempuan Islam di luar sana betapa indahnya kalau bertudung.
Malah apabila ada yang rakannya memberi komen Islam itu ‘simple’ (tidak menyusahkan), gadis yang dikenali sebagai Yun ini menyatakan, ‘simple tu lah remaja Islam sekarang tak boleh nak ikut.’
Hmm, agak pahit kenyataan itu untuk dihadam oleh sesetengah perempuan Islam hari ini bukan? sumber

selengkapnya

Selasa, 17 Desember 2013

Ulama Muat Naik Gambar Wanita Dalam FB Haram


India – Seorang ulama terkenal di India telah mengisystiharkan Facebook dan Twitter sebagai tidak islamik, justeru umat Islam perlu menghindarinya.

Abul Irfan Naimul Halim Firagni Mahli juga berkata, kaum wanita sepatutnya tidak memuatnaik gambar mereka dalam facebook dan Twitter kerana ia adalah haram.

“Wanita tidak dibenarkan menunjukkan muka mereka kepada sesiapapun kecuali bapa dan abang serta adik lelaki mereka, maka memuat naik gambar di facebook adalah garam,’’ katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas mengenai pengguna facebook dan Twitter bagi tujuan perniagaan.

“Kita adalah liberal dan bukannya berfikiran Taliban. Apabila remaja bertanya sama ada mereka boleh membuka facebook atau Twitter, kita benarkan.

“Namun dalam syariah, Islam tidak membenarkan wanita memuat naik gambar mereka,’’ katanya.

selengkapnya

Senin, 16 Desember 2013

Wanita dakwa gambar isteri Fathul Bari adalah gambarnya

Sunday, January 20, 2013

Seorang wanita semalam mendakwa gambar di atas adalah gambarnya. Beliau turut menyatakan beliau bukan isteri kepada Fathul Bari tetapi isteri kepada seorang lelaki lain.

Oleh kerana blog ini turut memaparkan gambar tersebut semalam dan setelah disemak gambar di atas adalah mirip kepada pemilik blog http://nurulain8888.blogspot.com/

Admin telah mengambil keputusan memusnahkan gambar tersebut dari lokasinya di artikel "Pensyarah ni nak makan pengat"dan memohon maaf secara terbuka kepada pemilik asal gambar tersebut.

Sama ada benar atau tidak tuntutannya tidak penting kerana gambar di blog beliau memang ada iras-iras gadis bertudung hitam dalam gambar di atas.
selengkapnya