Social Icons

Pages

Tampilkan postingan dengan label semula. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label semula. Tampilkan semua postingan

Minggu, 23 Februari 2014

Ketua Hakim Kes rogol pemain boling boleh disemak semula

sinar harian
7 September 2012
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini berkata Mahkamah Rayuan boleh menyemak semula kes pemain boling negara Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol gadis bawah umur.
 
Beliau berkata Pejabat Peguam Negara boleh memfailkan semakan semula kes itu, bagaimanapun mahkamah itu akan meneliti kewajaran bagi mahkamah itu menggunakan bidang kuasanya untuk menyemak semula kes itu.
  
"Jika Peguam Negara (yang merupakan pendakwa raya) memohon (bagi semakan semula), mahkamah boleh meneliti kewajaran untuk menggunakan bidang kuasanya untuk merayu. Mahkamah boleh putuskan kemudian. Saya tidak dapat ramalkan apa yang akan terjadi. Tidak wajar (untuk saya beri ulasan)," kata Arifin kepada pemberita ketika ditemui pada rumah terbuka Hari Raya di Istana Kehakiman di sini.
  
Ketua Hakim Negara berkata demikian ketika diminta mengulas kes mahkamah baru-baru ini membabitkan individu yang dituduh merogol gadis bawah yang hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dan bukannya hukuman penjara.
  
Dalam kenyataan dikeluarkan pada Rabu, Peguam Negara  Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihak pendakwaan sedang menimbangkan penggunaan kuasa inheren Mahkamah Rayuan untuk menyemak keputusannya.

Pada 8 Ogos tahun ini, Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Presidennya Tan Sri Md Raus Sharif mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Melaka yang membebaskan Noor Afizal dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis berumur 13 tahun.
  
Panel itu mengenepikan tempoh penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Noor Afizal oleh Mahkamah Tinggi Melaka yang membenarkan rayuan pendakwaan bagi hukuman lebih berat, selepas Mahkamah Sesyen melepaskannya dengan bon jaminan berkelakuan baik selepas mengaku salah merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi pada 5 Jun, 2009.
 
Kepada soalan mengenai juruelektrik Chuah Guan Jiu yang juga dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Pulau Pinang selepas didapati bersalah merogol gadis bawah umur, Arifin berkata adalah subjudis untuk beliau mengulas kes itu ketika ini.
  
"Peguam Negara sedang merayu (keputusan Mahkamah Sesyen), ia akan mewujudkan keadaan prejudis terhadap kes rayuan (jika beliau (Arifin) mengulasnya).
  
"Tetapi kami akan menelitinya. Kami akan pertimbangkan semua aspek kes ini. Keputusan Mahkamah Rayuan adalah muktamad. Tiada apa yang kami dapat lakukan," katanya.
 
Mahkamah Rayuan yang merupakan mahkamah tertinggi bagi mahkamah majistret dan sesyen mempunyai bidang kuasa untuk menggunakan kuasa inherennya untuk menyemak semula kes tetapi perlu dalam keadaan luar biasa.
  
Kes rogol dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan peringkat terakhir ialah di Mahkamah Rayuan.
  
Mengenai badan kehakiman, Arifin berkata mulai tahun depan, badan itu akan menumpukan terhadap usaha menyelesaikan kes-kes tertunggak di Mahkamah Shah Alam  kerana terdapat banyak kes jenayah yang sedang menunggu untuk dibicarakan dan juga kes-kes sivil.
  
Arifin berkata beliau yakin badan kehakiman mampu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh dua tahun.
  
Beliau berkata badan kehakiman telah berjaya menyelesaikan kes-kes di Mahkamah Kuala Lumpur tahun lepas. - Bernama
selengkapnya

Kamis, 30 Januari 2014

Guan Eng mahu Hishamuddin susun semula polis ramaikan yang perangi jenayah kurangkan intipan politik

July 28, 2012
KUALA LUMPUR, 28 Julai – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu menteri dalam negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menempatkan semula polis bagi memerangi jenayah daripada terus membuat intipan politik.

“DAP ingin mengulangi tuntutan kami kepada Kementerian Dalam Negeri supaya pegawai-pegawai polis dilantik untuk tujuan memerangi jenayah.
“Jika perlu, Hishamuddin patut menempatkan semula pegawai-pegawai perisik Cawangan Khas (SB) untuk memerangi jenayah daripada kegiatan mengintip dan mengganggu pemimpin-pemimpin PR.

“Jika SB dapat ditempatkan semula untuk mengtinjauankan lebih daripada 700,000 laporan tentang jenayah dan penjenayah daripada laporan tentang pemimin-pemimpin PR, maka dana rakyat bukan sahaja akan digunakan dengan betul tetapi keyakinan bahawa polis akan menjaga kepentingan awam dan bukan hanya kepentingan politik UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan ditinjauankan,” katanya dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada The Malaysia Insider.

Selain Guan Eng (gambar) juga mahu polis membuat penilaian bebas dan tepat mengenai isu jenayah dan tidak bergantung kepada statistik yang dikumpul oleh kerajaan Persekutuan yang hanya bertujuan untuk memuaskan hati orang ramai mengenai statistik yang tidak tepat.

“Lebih teruknya, mangsa-mangsa rompakan bukanlah hanya rakyat biasa tetapi juga orang-orang kenamaan dan ahli-ahli politik kebangsaan.
“Dalam kes-kes terbaru, ahli EXCO Melaka Datuk Latiff Tamby Chik telah mengalami kerugian sebanyak RM200,000, sementara rumah bekas Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Long dan jirannya telah dipecah masuk.

“Kejadian-kejadian seperti ini menimbulkan perasaan curiga terhadap penurunan indeks jenayah yang diuar-uarkan,” kata Ketua Menteri  (KM) Pulau Pinang itu.
Menurut KM Pulau Pinang itu lagi, sehingga kini Hishamuddin masih belum menjawab dakwaan SB mengtinjauankan 382,000 laporan mengenai kegiatan politik rakyat Malaysia dengan menggunakan dana dari belanjawan negara tahun ini.

“Sehingga kini, beliau masih tidak menjawab dakwaan bahawa SB telah mengtinjauankan 382,000 laporan mengenai kegiatan-kegiatan politik rakyat Malaysia dan menjalankan 351,000 pemeriksaan keselamatan pada tahun 2010, berdasarkan peruntukan polis dalam Bajet 2012,” katanya.

Beliau berkata sekiranya kerajaan BN tidak berubah dan terus menggunakan SB untuk kepentingan mereka, maka rakyat tidak ada pilihan lain selain dari menukar kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan PR akan memastikan fungsi SB adalah untuk membuat risikan ke atas penjenayah dan pelampau yang ingin menggunakan keganasan untuk menggulingkan kerajaan dengan cara tidak berperlembagaan, dan bukan sebagai senjata terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyertai proses demokratik secara aman,” katanya lagi.
The Malaysia Insider
selengkapnya